Sunday, 22 July 2012

Braces Part I~Gigi aku rongak!

Assalamualaikum..haha..tajuk tak boleh blah kan...serious ok...gigi aku rongak..ni lah rentetan kronologi (betul ke ayat ni?) aku nak buat braces..

*Gambar adalah sekadar hiasan..gigi aku rongak geraham tepi belah dalam..doctor cabut atas dan bawah..sila kagum ok sebab gigi yang dicabut tu adalah gigi sihat utuh cekal tanpa kaviti dan kerosakan.. uhh..sadis..:(

Ok..aku ada cerita sebelum ni kan aku nak pakai braces..aku nak pakai sebab gigi aku adalah jongang sikit kedepan..jongang tu aku x kisah sangat sbb sikit je then giginya rata..tapi gigi bawah pulak unstable condition..simpang siur jadinya..bak kata adik bongsu aku..giginya kedepan kebelakang kedepan kebelakang..haha..so lepas habis contract hujung bulan 4...lama gila aku cuti..adalah dalam sebulan..so aku ingat lambat lagi PPD nak panggil sambung..then aku terfikir nak buat braces time tu sebab adik perempuan aku pun nak buat sama..dia dapat goverment dalam RM 700 je kosnya...aku punye sengal masa sekolah tak nak daftar nama kan..huhu... 

So pada (Isnin) 11June 2012 ~ Aku ke klinik Pergigian area pontian ni je ( Nama klinik terpaksa dirahsiakan akibat sebab tertentu)..total kos semua dalam RM 4k++..setelah aku survey, klinik ni yang paling murah..klinik lain total kos around RM6k++...After berbincang dengan doktor and staff klinik tu..aku confirm register nama pada hari tu juga..Hari tu juga aku buat Xray and mould gigi (acuan gigi)..Time tu just bayar RM3++ untuk xray and mould tu..baki tinggal RM42++.

So aku buat next appointment untuk cabut gigi pada esok harinya..tup tup aku dapat call PPD pagi tu juga..aku dapat call untuk sambung mengajar as guru ganti di SMK Sri Tanjung untuk mengganti guru yang bersalin..contract pada 12 June 2012 until 20 Julai 2012..rezeki kan..takkan aku nak tolak...alhamdulillah...so..nak tak nak aku kene tangguhkan cabut gigi tu sebab fikir nanti susah nak makan masa kat sekolah..mana nak cari bubur kan...so..terpaksa la aku tunda sampailah habis contract..

Then aku ingat after habis contract aku akan dapat cuti sebulan..seperti sebelum ni kan..so petang khamis 19 Julai tu aku pergi la cabut gigi 2 batang..Tup tup dapat call PPD aku kene sambung contract di SMK Ayer Baloi mengajar Sains pada Isnin 23 Julai 2012 until 1 October 2012..rezeki lagi takkan nak tolak kan..mengajar pada bulan puasa..banyak berkatnya..so..sebab aku dah cabut gigi 2 batang geraham belah kiri..aku tak boleh tangguhkan hasrat aku sebab gigi aku dah rongak..takkan nak beraya dengan rongak2 kan..huhu..sempena bulan puasa gak aku pun nak pakai braces..(tak payah fikir nak makan)so..aku tunggu turn ABC untuk cabut gigi lagi 2 batang geraham belah kanan pulak..and terus pasang braces..mungkin next week kot...

Okay lah..seram untuk cabut gigi lagi 2 btg memang lah sangat2 terasa sebab mase cabut gigi khamis tu meroyan jugak aku..sakit sebab luka dan darah tak berhenti keluar..tidur malam sampai habis cik ted aku kene darah gigi tu..terpaksa basuh..esoknya pun sengal2 gak..kene la telan panadol setiap 4 jam..alhamdulillah hari ni dah tak sakit walaupun puasa yang ke dua hari..next appointment insyallah dalam minggu depan sebab around2 tarikh tu aku ABC..huhu paham2 je lah ye..:p

Jadi..aku akan update kronologi braces ni after aku cabut gigi untuk kali kedua tu okay..wish me good luck and semoga semuanya berjalan dengan lancar..amin...

1 comment:

  1. Alaa..nk tahu name klinik tu boleh..nk g buat๐Ÿ˜๐Ÿ˜

    ReplyDelete