Friday 12 April 2013

Kenangan masa lalu

Assalamualaikum…
Hmmm…rindunya dengan diaorang semua…rindunya nak belajar kat universiti dulu..rindunya nak belajar kat matriks dulu..rindunya kat kawan masa kerja dulu…ya Allah…rindunya masa lalu…pernah tak korang tercakap atau terfikir benda-benda macam ni…wajiblah kan..kita sebagai manusia mesti ada perasaan rindu..rindu kat orang,  suasana, makanan, tempat dan alam sekeliling yang pernah kita berada suatu masa dulu…macam aku sekarang ni…sangat-sangat rindu dengan zaman masa masih belajar..rindu sangat dengan kawan-kawan di matriks..kawan-kawan kat Uitm Dungun, kawan-kawan dekat Uitm Melaka..kawan-kawan kerja time lepas SPM dulu…kalaulah dapat jumpa balik mereka semua..bestnya….tapi….kebanyakannya dah lost contact sebab lepas matriks, semua berpecah..lepas SPM masing-masing belajar tempat lain…sangat-sangat rindu..
Entahlah..kenapa tiba-tiba aku terfikir nak buat entry pasal kenangan masa lalu ni….semalam E’Ee (Nur Faeezah) telefon aku,,,dia kawan masa di Uitm Dungun dan Melaka…lamanya kami berborak…lebih kurang sejam lebih…rasa happy sangat sebab dah lama tak jumpa dan berborak dengan dia sebab sekarang dia dah kahwin..last jumpa bulan 6 tahun 2011…lama gilakkk…macam-macam topik kitaorang borak..dari pengalaman mengajar…zaman nakal-nakal belajar dulu..skandal-skandal (haha) dan paling penting, perkembangan roomate masa duduk rumah sewa…aishh..rindunya..masa aku berbual pun aku menangis la jugak sebab bila bercerita time zaman belajar tu…teringat balik kenangan kami..heee…kalau nak cerita memang banyak…hmm..nantilah aku ceritakan tentang :

1)      Kenangan Sekolah Menengah 2002-2006

2)      Kenangan lepas SPM 2006


4)      Kenangan di KSKB sungai Buloh 2008

5)      Kenangan di Uitm Dungun, Terengganu 2008-2009

6)      Kenangan di Uitm Bandar Melaka 2009-2011

7)      Kenangan mengajar 2012

Sunday 7 April 2013

MIMPI AKU : Han, Aku dan Explorace

Assalamualaikum...korang pernah mimpi satu jalan cerita yang complete and detail tak?...jarang berlaku kat aku..selalu mimpi separuh-separuh je..huhu..then tiba-tiba hati ni rasa nak tulis plak mimpi malam tadi dalam blog ni...at least bila aku lupa mimpi tu..then aku bukak blog ni..dapat la baca balik n teringat kan..aku tak tahulah..mimpi ni rasa sweet yang amat sangat..maybe sebab aku baca 2/3 cerpen yang sweet malam tadi..sampai terbawak-bawak dalam tidur..tak boleh blah kan..haha..

Alkisahnya...aku dengan kawan-kawan aku ada nampak satu pertandingan explorace...lawan dari pagi sampai petang...dan pertandingan tu berkenaan hidup atau mati sebab kita kena survive dalam explorace tu and dia punya cabaran sangat-sangat mencabar..last-last aku sorang je decide nak masuk pertandingan tu...setiap pertandingan tu ada check point sendiri and banyak sangat check point yang kita kena tempuh..aku ingat banyak jugak check point aku lepas cuma bila sampai tahap kena lepas antara dua gunung..gunung yang tinggi dan tengah-tengahnya ada kain jaring-jaring..ko kena berpaut pada kain yang bergoyang-goyang tu dan merangkak sampai hujung gunung lagi satu..memang rasa nak jatuh..



Lebih kurang macam ni la cabaran dia dalam mimpi tu..

Aku tak ada masalah sehinggalah sampai pertengahan antara 2 gunung tu..tiba-tiba ada seorang perempuan dah nak sampai hujung gunung tapi last-last kain tu koyak..ko boleh bayangkan tak apa jadi kat aku dengan perempuan tu..perempuan tu jatuh bawah dan aku sempat paut pada hujung kain jaring-jaring tu...aku dah menangis time tu..boleh aku jerit mama! mama!..semua orang yang nampak aku time tu terperanjat and tak buat apa-apa pun...lastly ada someone yang bantu aku untuk turun ke bawah.. (mamat tu dukung aku okey...punyalah sweet kan)..hehe,,,dan disebabkan aku jatuh tu..aku fail dalam pertandingan..perempuan yang jatuh tu aku dengar dia punya usus terkeluar..tapi yang hairan bin ajaib, perempuan tu hidup sebab aku nampak dia tengah duduk..adehh...nama pun mimpi kan...hehe

Okay..bermulalah kisah aku dengan dak Han (memang tak tahu nama sebenar)..rupa-rupanya Han ni lah yang selamatkan (dukung) aku time aku jatuh tu...time tu aku dah jatuh cintan dengan dia..punya bodoh aku dalam mimpi tu...senang-senang je jatuh cinta kat orang..hehe...yelah..kalau korang yang mimpi pon..korang tangkap cintanlah..mana taknya...Han tu hensem gila..putih...badan tegap gila n yang paling penting bila dia senyum masa hulur tangan kat aku tu mmg cair gila lah!...haha...gigi putih berseri-seri macam iklan gigi...

adoii..*mereng kejap aku...Lepas dia selamatkan aku tu..terus aku kaple dengan dia..ntah kenapa aku tak berkenalan dulu dengan dia...macam tau je mimpi ni kejap..terus cut scene berkenalan tu...haha..punye bengong aku dalam mimpi tu..boleh plak aku panggil dia b..dia panggil aku sayang..auwww...romantiknya..
haha..then tiba-tiba ada part lelaki plak explorace..ntah kenapa aku ni tiba-tiba jahat, aku pergi paksa Han masuk explorace tu..padahal Han tak nak..last-last dia masuk juga sebab aku yakin dia mesti menang..tapi masalahnya skang ni dia tak makan langsung dari pagi sebab aku dengar dia cakap "Han lapar"..time ni aku risau sangat sebab aku dah mula sayang sangat kat dia..menyesal plak suruh dia masuk..tapi lastly masa nak start tu dia sempat jamah sikit roti and air mineral..

Time ni memang aku risau sangat, yelah dia makan sikit je..lepas tu masuk explorace yang mencabar gila..last-last aku decide aku nak follow setiap check point dia...lalu jalan lain la kiranya..aku tak ingat macam mana aku lalu explorace tu..yang penting, tiba-tiba aku dah ada setiap check point tengok Han..dan sampai satu check point yang membolehkan peserta rehat lama..time tu aku tercari-cari manalah Han ni..then aku nampak dia terbaring lepak sangat...time tu aku rasa menyesal suruh dia masuk n paksa dia tarik diri..tapi dia nak teruskan jugak...lepastu yang tak boleh blah...Aku bagi Han minum susu (dalam gelas) and kentang goreng..haha!..yang ni aku tak tahu macam mana susu n fries tu boleh ada kat tangan aku..aku bagi je Han time tu..then aku sapu sikit minyak angin kat perut dia sebab masuk angin katanya 

(haha..bangang ko..siap sapu-sapu lagi..haha)...tak lama tu explorace start balik..aku tengok kali ni halangan dia mencabar sangar..setiap peserta kena lompat antara satu pokok ke satu pokok..tapi pokok tu dah togel..tinggal batang je..dan jarak antara satu pokok ke satu pokok jauh la jugak..memang bunuh diri kalau aku lompat..tapi kali ni aku tak follow Han..aku cakap kat dia aku tunggu kat tempat final terus...lama jugak aku tunggu...time ni memang dah rasa sayang gila..tak pernah rasa macam ni even kat dunia nyata pun..korang tau rasa sayang gila macam mana?..aku rasa sayang gila sampai dalam mimpi tu aku takut kehilangan dia..aku risau sampai nak nangis...pehhhh...*melampau mimpi kau kali ni..Mana taknya..dah lah hensem gila..putih..memang cair la beb..kalau kat dunia nyata elak gua pengsan je depan Han ni..haha...tapi serius..aku ingat lagi muka dia sampai skang ni..(pelikkan..selalunya kalau kita mimpi seseorang, muka dia mesti samar atau kabur-kabur..tapi kali ni memang jelas aku nampak muka dia) haihh..kenapa lah time tu aku mimpi kan..kalaulah dunia nyata...aduiii..bestnyeee...* berangan 5 minit jap..:p haha..okay sambung taip..

Aku tak ingat berapa lama explorace tu..yang penting aku tunggu dia kat satu buai bulatan macam eye on malaysia tapi yang kecil sikit lah..aku main kat situ sampai lah senja...tapi yang tak seronoknya..perempuan-perempuan yang ada kat situ macam benci sangat kat aku..asyik menjeling-jeling je kat aku..tak lama tu dorang blah  tinggal aku dengan sorang akak ni..dan tiba-tiba buai tu stuck kat atas..aku punyalah nak nangis jerit mintak tolong..last-last aku nampak Han datang..aih lega explorace dia dah tamat..dia sekali lagi panjat buat tu and dukung selamatkan aku (dukung okey..dukung)...*mengada betul lah aku dalam mimpi ni..macam tau-tau je mimpi..kalau betul-betul dah makan penyepak Han ni nak dukung-dukung aku..haha....(serious aku jeles gila dengan diri aku dalam mimpi tu...aih..kenapalah ko mimpi..bukan betul-betul.. arghh...haha)ok sambung lagi...lepas Han selamatkan aku..aku plak turunkan akak yang sama-sama stuck dengan aku..cuma dia punya buai bawah sikit..ntah ape yang aku tekan kat buai tu..lepas tu aku jalan pegang tangan dengan Han (sekali lagi aku jeles..haha..)suka suki ko je Han nak pegang tangan aku...kalau betul rasanya dah kena flying kick dah..haha..sweet gilakan!..dan yang paling aku gembira..Han juara dalam explorace tu..lepas dia bagitau dia menang terus je aku tersedar dari tidur..hadoii!!...spoil betullah...memang takleh sambung balik la mimpi tu...takpelah Han..at least dalam mimpi tu aku dapat rasa macam mana rasa sayang gila kat seseorang even kat dunia yang real ni aku tak pernah rasa perasaan macam tu..insha Allah aku akan rasa perasaan tu bila aku jumpa true love (jodoh) aku kat Dunia ni..sabar je lah ye...Allah dah tentukan..cuma cepat atau lambat je...kan best kalau Han yang romantik, sweet gila tu wujud kat dunia ni..memang untung sangat aku..tapi at least kena kenal hati budi dia...sekurang-kurangnya dia baik hati...hormat orang tua aku...ada pegangan agama dan paling penting menyayangi aku dan menerima aku seadanya...yelah..he is perfect...aku ni sape lahkan..dahla macam robot (pakai gigi besi..haha)k lah..

membebel panjang plak aku dalam ni..in sha Allah..kalau mimpi yang complete and details macam ni lagi, aku akan cerita dalam blog ni...ok bye!

P/S ~setiap jalan cerita ni original dari otak aku bangun pagi tadi...takde tokok tambah okay..nak tokok tambah pergi berangan sendiri..haha...mesti korang nak tahukan muka Han tu macam mana...tapi........biarlah ia menjadi rahsia aku...okay...:p


Almost 9 month with Cik Gigi Besi !!

Assalamualaikum...hehe..ini lah sisi senget aku bersama cik gigi besi yang setia menemani selama 9 bulan dah..alhamdulillah..progress berjalan lancar dan gap antara gigi semakin kurang...ntah berapa lama lagi besi ni nak melekat kat gigi aku..mmmm...maybe 2 years lg kot..tp aku mintak n doa sangat untuk setahun je lg...tak sanggup kadang nk makan terselit-selit ni......hehe...

Tengok jelah okay...






p/s ~ Sorry lah pic tak senonoh sikit ye..haha...:p




Friday 5 April 2013

Resepi Sardin Roll mudah

Assalamualaikum...hari ini ada resepi baru lagi...weee..hehe..actually aku dah buat draft resepi ni dari cuti sekolah haritu..tapi nape ntah x post2..lembab betol..haha.. Ok..kali ni kita belajar buat sardin roll yang mudah..simple macam sosej roll je tu..cuma yang lecehnya nak kena masak inti sardin dulu..

SARDIN ROLL (10 hidangan atau lebih )

Bahan-bahan (Buat inti sardin ) :
Bawang besar 3 biji (hiris)
Bawang putih 3 biji (hiris)
Lada merah 3 tangkai (hiris)
Satu tin sardin (aku pakai cap Ayam Brands)
Air asam jawa
1/2 sudu gula
Garam secukup rasa

Cara masak inti sardin :
1) Panaskan sedikit minyak, then masukkan hirisan bawang putih, bawang merah..garam, gula, dan pak aji.
2) Goreng separuh kekuningan then masukkan hirisan lada
3) Kacau lagi sampai kekuningan (garing), selepas itu masukkan sedikit air asam jawa dan masukkan sardin yang dalam tin tu.
4) Penyek-penyekkan ikan sardin tu sampai hancur
5) Kacau sampai sebati..rasa sendiri sampai sedap..dan siap !..haha



Bahan-bahan buat roll:
Sebuku roti (aku pakai Gardenia)
3 biji telur (kali ni aku tak asingkan putih telur n kuning telur, campurkan saja pun boleh )
serbuk roti/ breadcrumbs
Minyak untuk menggoreng

Cara-caranya  :
1) Gilingkan roti sampai leper..pastikan roti betul-betul leper..kalau tidak..nanti dia menyerap minyak semasa menggoreng


2) Letak sedikit inti sardin atas roti yang leper dan sapu sedikit telur di hujungnya (supaya hujung roti  melekat)


3) Balut inti sardin tersebut


4) Celup roti dalam telur dan golekkan dengan serbuk roti


5) Akhir sekali..dengan api sederhana..goreng sehingga kekuningan..tak perlu goreng lama..sekejap je..dalam 10 saat atau kurang..dan kemudian tos kan bahan yang di goreng supaya minyak keluar..


SELAMAT MENCUBA!!!  ^_^