Tuesday 22 October 2013

Trip to Pulau Perhentian :Part 2

Assalamualaikum..okay..last entry aku dah bercerita bagaimana aku bertolak dari Pontian ke Melaka seterusnya ke Jerteh dan ke Jeti Kuala Besut..Kali ni aku cerita selepas aku keluar ofis Samudra berhadapan Jeti Kuala Besut dan menaiki bot ke Pulau Perhentian Besar..

Bismillahirrahmanirrohim..

Okay..sampai sudah di jeti Besut..


Pintu masuk Jeti..


Macam biasa la..kalau dah sampai..meh ambil gambar lebih sedas dua tiga..hehe

 

Lepas puas ambil gambar..jom kita naik boat ! 
*Kalau ikut package, duit tiket boat semua include sekali..pihak agent dah uruskan..cuma tiket marine park kena tambah RM5.00 je satu kepala..

Okay..bot pun dah sampai..jujur! aku sangat teruja n excited..bukan tak pernah naik bot..tapi perasaan kali ni mcm tak percaya..pergi vacation ke tempat yg aku teringin sangat..melihat laut biru..ketenangan..melihat terumbu karang,ikan pelbagai colour yg selama ni kita hanya tengok di televisyen mahupun di National geographic saja..huhu..dah abis?..meh naik bot..haha

Di awal perjalanan gelombang ombak masih lagi biasa..warna air laut pun masih lagi keruh..bot masih bergerak perlahan...choi...aku ingat slow je boat ni gerak..sekali disaster gila lawan ombak..terlompat-lompat aku atas boat..kesian member aku Syuhada..sampai mabuk laut..meh sini aku urut sikit..*iklan.. haha


Bila dah sampai pertengahan dekat pulau sebelah bersebelah..perghh..wa terpaku siot tengok air dia..biru+jernih gila...subhanallah..cantik sangat..kali ni excited 150juta kali dah..haha..


Ni ha buktinyaa..:)

Lepastu..abang boat ni pergi hantar pelancong yang lain ke tempat dorang..tak semestinya satu boat adalah sama pakej..macam2 pakej + resort ada kat pulau perhentian ni..sama ada perhentian kecil ke besar..

Map pulau perhentian..aku kat Samudra..lepastu abang boat singgah jap fishing village and long beach hantar pelancong..

Contoh perkhidmatan taxi..maaf abang..kami tutup aurat ye..hehe..

Dah seronok ambil-ambil gambar..hantar orang sana-sini...akhirnya sampai jugak tempat kitaorg..weeee..


Depan ni bukan chalet kitaorang..ni Arwana Perhentian Resort..chalet kita orang sebelah jeee...



Tempat kitaorg bertapa 3D 2N..yang ni bilik untuk 4 org..2 katil king..

Bila sampai bilik..badan dah letih...apa lagi..bukak air cond..boom tidur...lepastu bangun pukul 2ptg..siap-siap makan tengah hari sebab dorang dah sediakan...

Aktiviti untuk petang ni adalah jungle tracking..sebenarnya tak include dalam charge per pax pun..tapi disebabkan harga satu kepala RM5 je and petang tu memang takde aktiviti..why not kita cuba jungle tracking kan..so..bila tanya Eddy (staff resort) jauh tak jungle tracking tu..`dia jawab dekat je..pakai selipar pun boleh`..phui..nasib kita orang ready pakai kasut jugak..jauh mak oii..cerita jungle trekking aku masukkan kat sini..kalau tak panjang benor entrynya..ok wassalam..:)




















Monday 30 September 2013

Trip to Pulau Perhentian : Part 1 (Perancangan dan Bertolak)

Assalamualaikum... waaahhh..lama sudah tak menghupdate entry baru..bukan tak ada masa..tapi kadang tak tahu nak menaip apa...hehe..disebabkan aku masih mood dalam bercuti..kali ni aku baru balik dari Pulau Perhentian, Terengganu (27,28,29 hb September 2013) ..Subhanallah..pengalaman yang sangat bermakna bagi aku..tempat yang cantik..indah..dan boleh buatkan fikiran kita tenang..seriously..sampai sana..aku tak sempat fikirkan dunia luar..aku fikirkan apa aktiviti nak buat kat pulau tu..rasa macam tak percaya pun ada dah jejak kaki kat situ..hehe

Rancangan percutian ni kawan aku dah aturkan awal-awal..sebelum puasa lagi..dia dah book harga promosi paling murah..RM280/ pax..kami pergi 4 orang..package siap tiket bot pergi dan balik, penginapan 3D 2N, Makanan, dan aktiviti snorkeling di 4 tempat..Kami pilih di Samudra Beach Chalet di Pulau Perhentian Besar..


Selepas dah berbincang dengan member-member..kitaorang pilih tarikh 27,28,29 hb September 2013 sebab time tu semua free dan boleh apply cuti awal-awalkan...aku bertolak ke Melaka (26/9/2013) dengan ayah aku sebab kebetulan dia ada kes kat sana..so...kat Melaka, Intan pick aku dan kami berempat (Syuhada, Dilla,aku dan Intan) bertolak jam 8 malam..


Kami terpaksa beli tiket menghala ke Kota Bahru disebabkan tiada bus khas turun di Jerteh..Sampai di Jerteh jam 6 pagi, kami terserempak dengan mat saleh 2 orang yang sama bus..dorang pun nak g Pulau Perhentian..tapi dorang g Pulau Perhentian kecil sbb backpackers kan..ala...takde rezeki nak bercuti sama (amboi kauu..kemainnn..haha)..Lepas tu kami ambil teksi (RM30 satu teksi) ke Kuala Besut dan singgah di madrasah terdekat untuk siap-siap dan solat subuh..Perjalanan ke 
kuala Besut dalam 20 minit gitu..

Madrasahnya...

Nak juga menempel gambar ni..tapi putih benor muke kau..haha..ni kes pakai bedak tak guna cermin..sebat je aa...asal bukan macam tepung gomak sudah..haha

Pemandangan sekitar Pekan Kuala Besut

Perut pun dah mula meronta-ronta minta diisi, kebetulan tengah jalan-jalan sekitar tu, nampak satu kedai jual pelbagai nasi (nasi minyak, nasi kerabu, nasi dagang)..kedai ni memang famous..sana sini orang pergi..mesti singgah kedai ni sebab sedappp...

Ni ha kedainya...kecil, molek tapi sedap..hehe

Macam-macam lauk yang ko nak sume ade..nak tengok menu zoom la sendiri ye..disebabkan lapar bebenor, aku tak kuasa nak membungkus-bungkus..makan kat situ je sudah..kebetulan tiket bot masih pada agent dan ofis buka pukul 8pg..apa lagi..ngeteh je lah kat situ lelama..hehe

Tengok muka je dah tau sedap ke tak sedap...siap terangkat kaki wa beb..haha..lagi-lagi pekena tengan teh o panas...fuhhh..

Lepas kenyang..ambil gambar sedas



Then kitaorg menapak cari office Samudra tu..tak jauh sangat pun..


Okay..ni last pic untuk entry ni...gambar luar dan dalam ofis Samudra...anyone yang berkenan n nak datang terus office ni..kedainya betul-betul berhadapan Jeti Kuala Besut tu..kalau nak book, google sahaja samudra 
Beach Chalet ya..nanti aku update next entry tentang aktiviti yg awesome di Pulau Perhentian..Kayak, jungle trekking and snorkeling..

Thanks for reading :)








Monday 26 August 2013

Aku gilakan runningman!!

Assalamualaikum..tajuk je dah sengal...dulu lah gila..skang dah boleh skip2 waktu tengok runningman ni..tak macam dulu...langsung takleh berenggang dengan external n laptop!!..haha...aku sedar aku dah ketinggalan nak cerita pasal kegilaan remaja sekarang tentang episod runningman ni...

Asal usul aku terjebak cerita runningman ni bermula pada bulan Feb lalu...waktu aku jadi guru sementara, aku ada mengajar subjek Pendidikan Jasmani..setiap minggu aku ajar 2 masa campur pelajar perempuan chinese n malay...satu masa belajar..satu masa aktiviti luar..so bila time PJ je aku blur..apa nak main ni...mula-mula best la..main badminton la...Bola jaring la..futsal la..bila dah masuk bulan ke 2, aku blur sampai tanya pelajar..apa nak main...so chinese student ajak aku main runningman..runningman?..tercengang aku..apa tu?..haha...gelak dorang ni...serious..aku dah lama tak tengok cerita korea..then aku minta dorang explain..peh..semangat masing-masing nak cerita kat aku..mulanya aku tak paham la..then dorang main la time tu..aku tertanya-tanya gak apesal la budak ni terjerit-jerit berlari sambil jaga nametag kat belakang baju..aku mampu gelak je bila budak-budak ni berkerumun kat sorang semata-mata nak koyak kan name tag...then dorang suggest kat aku tengok cerita ni...aku time tu mmg takde mood pun nak tgk..nak bukak laptop tgk online pun malass..so..aku memang tak tengok la time tu..masa berlalu sampai la bulan 5..aku kenal sorang kawan lelaki..memang baik orgnya..bila dah kenal-kenal dia bercerita yang dia ada 130 episod runningman..tiba-tiba terdetik hati aku nak tengok runningman sebab pembekal cerita dah ada..haha..tak payah la nk tengok online kan..hehe..

So..dia bagila aku 130 episod tu...minggu pertama aku tengok..aih banyaknya..nak start episod mana dulu ni kan..aku terus tgk episod 2PM disebabkan aku minat 2PM..aku tak kenal ahli runningman lain..so,tgk la 2PM mengharapkan cerita dia best..bila aku tengok..kosong je otak aku..ade gak la scene yang aku gelak-gelak..tapi tak paham sangat..apesal la pakai loceng kat kaki..pastu nak kejar-kejar.....tapi semua kata runningman ni best sangat..best sangat ke?...aku tak puas hati..so aku decide tengok dari episod satu...bila dah tengok introduction n kenal sorang-sorang runningman ni best la plak...hah..time tu plak aku baru habis contract mengajar n duduk rumah je sementara tunggu panggilan sambung..memang gasak tengok runningman la kan..pagi petang siang malam runningman...7 jam sehari aku tengok cerita ni..haha..melampaukan..baru  la aku tau kenapa best sangat tengok cerita ni..cerita dia pelbagai mision..then dorang selitkan artis jemputan yang famous macam Kara..Bigbang...Snsd..Super Junior n banyak lagi..game dia pun best n setiap runningman ada character tersendiri..yang aku dapat baca dari episod 1 sampai 100...Kim Jongkook ni paling dorang takut sebab kuat..Lee Gwang Soo si pengkhianat..Haha (semua perempuan dia nak saranghae, n very funny n paling comel), Ji Suk Jin paling lemah n always tersingkir paling awal..kelakar gak dia ni..Kang Gary (selalu berpasangan dengan Ji Hyo n cool person)...Ji Hyo (always blur...tapi bijak..selalu menang saat akhir)..Jae Suk (paling kelakar..suka warna hijau..kadang-kadang pengkhianat gak)



Their nickname from left ~Giraffe/Framer, Sparta, Grasshopper, Ace/Mong Ji Hyo, Flower boy (Joong ki dah tak join dah runningman ni), Bing Nose Hyung/Sukjin, Haroro/Pororo, Peaceful Gary




Antara scene runningman 






Tuesday 28 May 2013

Resepi Spaghetti yang ringkas dan mudah

Assalamualaikum...

Resepi lagi??..haha...Kali ni aku nak kongsikan resepi masakan spaghetti yang paling mudah...tapi rasanya sedap..yela..kadang nak masak sedikit je..tapi bahan yang ada kena guna banyak..mahal plak tu..so...hari tu aku teringin plak nak makan spaghetti...tapi mahalkan nak beli kat luar tu..so..aku decide, baik beli bahan-bahan then masak untuk family rasa sekali..aku tak beli banyak bahan..yang ni je :

BAHAN-BAHAN:
*Pasta San Remo..aku beli yang halus je (angel hair)


BAHAN-BAHAN (SOS SPAGHETTI)
*3 ulas bawang merah (hiris atau potong dadu)
*3 ulas bawang putih (hiris atau potong dadu)
*Sos Prego traditional
*Daging cincang / sosej
*Sedikit garam, gula, ajinamoto atau nak lebih sedap letak kiub pati ayam sekali.
*secawan air / lebih
* satu sudu tepung jagung (gaul dengan air ) untuk nampak sos lebih likat..takde pun tak apa..
*Kalau ada tomato puree letak sesudu pun okay untuk rasa masam-masam sikit....tapi aku tak letak..

CARA-CARANYA :
1) Tumis bawang merah dan bawang putih yang sudah dipotong dadu sehingga naik bau..
2) Bila dah naik bau dan kekuningan, masukkan daging cincang..gaul-gaul sekejap..
3) Then, masukkan satu balang sos prego, satu cawan air, sedikit garam, gula, ajinamoto dan kuib pati ayam..
3) Gaul-gaul sekejap sampai agak-agak daging dah masak..kalau ada sosej (goreng sosej dulu then hiris-hiris) dan masukkan dalam sos tu sekali...


4) Sementara daging cincang tu masak, bolehlah korang rebus air dalam periuk dan masukkan spaghetti tu..aku letak margerin sikit dalam air rebusan supaya pasta tak melekat antara satu sama lain..(takde margerin pun boleh letak minyak masak sikit)


Dah siap pun dua-dua..toskan air pasta tu dan letak sos atasnya..yummy..selamat mencuba...^_^

Monday 27 May 2013

Resepi ringkas Kuih Onde-onde/kuih buah melaka

Assalamualaikum.. ^_^



Cuti sekolah 2 minggu ni kerja aku memasak benda baru je...kali ni tiba-tiba tekak aku teringin nak makan kuih onde-onde atau buah melaka...dulu masa kat universiti rajin beli pagi-pagi..sekarang ni susah nak cari kedai yang ada jual...last-last tanya ibu...ibu kata resepinya  mudah sangat sebab dulu-dulu nenek aku rajin buat untuk sarapan pagi..bila salin je resepi dengan ibu..terus ke kedai beli bahan-bahan.. (semangatttt!!!~haha)..

Ok..Bahan-bahan adalah :


  • Tepung pulut (ikut guna berapa banyak korang nak masak onde-onde tu )
  • Secawan air (letak sikit garam dan pewarna hijau )
  • Daun pandan (kalau xde pun takpe..untuk buat bau sahaja)
  • kelapa parut (putih sahaja)
  • Gula melaka (dipotong dadu kecil-kecil/hiris)
Cara-caranya :
  • Mula-mula...uli tepung pulut sambil masukkan sedikit demi sedikit air yang bercampur garam dan pewarna hijau..(kalau ikut resepi ibu, dia letak sedikit keledek yang dah direbus supaya masa makan tu tak liat sangat..tapi kalau taknak letak pun tak apa :) 


  • Kedua, lepas dah uli sebati, korang bulat-bulatkan ia dan leperkan sedikit untuk masukkan gula melaka yang dah dipotong kecil..then, korang bulat-bulatkannya balik..
  • Ketiga, lepas dah siap semua..korang rebuskan air dalam periuk yang di isi sedikit daun pandan (untuk naik bau)..bila air dah mendidih..masukkan kuih onde-onde tadi dan gaulkan lembut supaya tak melekat antara satu sama lain...bila kuih onde-onde tersebut timbul di permukaan, tandanya dah masak dan korang boleh toskan air dan golek-golek dalam kelapa parut..
  • Dah setel..senang je kan...bahan pun mudah..

*Mesti korang pelik kenapa kuih yang aku uli tu warna putih aje(bukan warna hijau)..lepas tu air rebusan tu kaler hijau(sepatutnya warna jernih)..Sebenarnya resepi di atas adalah betul..tapi masa first time aku buat..sedap-sedap uli tepung sambil borak dengan ibu, aku boleh lupa uli sambil letak pewarna hijau!..haha..dah putih je kuih yang aku bulat-bulatkan..so bila fikir-fikir balik..senang-senang je aku terus letak pewarna hijau dalam periuk rebusan air..hahaha..ingatkan kuih tak jadi warna hijau, jadi juga...boleh gak guna cara macam tu sebab kadang-kadang bila kita uli..susah sikit nak sebatikan warna hijau tu kan...jadi ..selamat mencuba ye!..:)

Saturday 25 May 2013

KENANGAN MATRIKULASI (PERAKAUNAN) 2007- 2008

ASSALAMUALAIKUM..

Ya Allah…sangat-sangat rindu waktu zaman matriks..zaman first time berpisah dengan family..ko bayangkan selama 17 tahun aku duduk dengan family..tiba-tiba kena pisah..jauh plak tu..kalau setakat 2/3 jam perjalanan bolehla balik selalu kan..ni sampai ke Kuala Nerang, Kedah.. 13 jam waktu perjalanan dari Pontian ke Kedah…memang cuti hujung minggu takkan dapat balik la..hehe..tapi bagus juga..pengalaman belajar tempat orang sangat seronok..kita pun diajar berdikari..dulu kita makan ibu yang selalu masak..bila di matriks..kita sendiri cari makanan .. so..bila waktu makan (bunyi loceng)..semua berdedai turun..sape tak turun..kebulur la ko..huhu.. Alhamdulillah semua makanan di sana ditaja kementerian..mula-mula family aku risau..mereka tak dapat terima cara masakan orang utara..maung katanya..tapi Alhamdulillah,aku rasa makanan dorang paling the best..walaupun menu pelik-pelik..aku rasa sedap sangat..sampai berat aku naik kot kat sana..dari 46 -53kg!..hahaha

Lagi satu, pengajar di matriks tak dipanggil lecturer..kami panggil cikgu..so..taklah kekok sangat nak panggil miss ke..puan ke..encik ke…semua panggil cikgu…memang agak mencabar belajar di matriks..sem 1 aku rasa paling the worst part belajar…bila dah biasa belajar kat rumah sambil lewa je..kat matriks jangan harap…semua benda penting…memang kelam kabut sangat…kita kena cari strategy belajar sendiri..takde masa sangat nak huha  sana sini..serius part 1 aku kecundang sikit..pointer bawah 3..memang sedih sangat..tapi Alhamdulillah part 2 senang…aku dapat pointer lebih 3.5 untuk cover balik keseluruhan result…aihh..rindu kawan-kawan zaman matriks….tapi sekarang ni kebanyakan kawan aku ingat muka je..tapi tak ingat nama…facebook pun tak semua ada..sedihnya..

CLASSMATE SEM 1 (CLASS H)



Yang aku ingat nama mereka ni...kalau lelaki kelas aku 4 org je tu..Dinie..Saiful..Nik..Faizal.. kalau perempuan.. Atika..Salina..Mazni..syahirah..Aisah..Tini..Miza..Najiha..Sakinah.. yang lain...tolong ingatkan aku ~Ana Rafali..serius..lupe.. yang gambar 5 orang kat pic pertama tu bestfriend time sem 1..

CLASSMATE SEM 2 (CLASS I )


 ko tengok ketembaman muke aku dah tau berat aku berapa..takpe..skang dah selim melim..haha..gambar ni dengan top students (bukan kelas aku rasanya)..pointer always above 3.9..hebat tu..bestfriend gak time matriks..

 ha..ni baru kelas aku..Time ni masa majlis tukar-tukar hadiah :) yang aku ingat kat sini Shima..Asnie..Dila..faizal..Izzat..pastu lain tak ingat..arghh..tensennya..:(

Dinner tema biru...diner time kelas dinamika kemahiran..cara-cara makan beradab di hotel gitu..

Cikgu Hanafi dan Cikgu Musa.. 


Bestfriend time matrix dulu...Shima..Asnie..Dila..ke sana sini mesti sama2..aih..rindunye korang..:(

ko tengok..belajar pun sama-sama..Asnie..mana ko time ni..


2minggu sebelum final exam...mandi-manda di Hutan Lipur Puncak Janing..dengan sapa? tak ingat :(


Para pengajar..Cikgu Hanafi..Cikgu Haizan..cikgu perempuan ni tak ingat nama..tapi aku ingat dia sarat mengandung time tu..bila dengar suara dia time mengajar..alahai kecik je suara..comel sangat...


     

     Rindunya asrama ni...aku punye dorm tingkat 1..:)    
    lagi satu tu pic depan pintu bilik asrama..ngeri beb tengok tandas nun jauh di sana...bila tengah malam seraaam sejuk je..huhu


Surau


Banyak jenis bilik kuliah..ni antaranya..tapi ni la bilik kuliah yang bila nak belajar je pergh..kalau masuk je..macam tau-tau je bau apa..normal la..hehe..aku pernah jatuh longkang depan kuliah ni..dalam gile longkang tu..sakit plak tu..(hoi..tu pon nak citer ke ~haha)

satu dorm 4 orang..tapi sorang pindah sebab dapat tawaran sambung belajar di tempat lain...ce teka mana aku?..haha

Okaylah...tu je aku mampu cerita..kalau ikut nafsu..satu folder matrix aku upload..hehe...tapi yang ni the best memory yang aku still ingat sampai sekarang walaupun dah  5 tahun berlalu..Thanks pernah jadi kawan aku walaupun kita dah tak rapat macam dulu...kalau ada yang perasan tu contact2 la k..add je fb ...

wassalam..:)