Monday 27 May 2013

Resepi ringkas Kuih Onde-onde/kuih buah melaka

Assalamualaikum.. ^_^



Cuti sekolah 2 minggu ni kerja aku memasak benda baru je...kali ni tiba-tiba tekak aku teringin nak makan kuih onde-onde atau buah melaka...dulu masa kat universiti rajin beli pagi-pagi..sekarang ni susah nak cari kedai yang ada jual...last-last tanya ibu...ibu kata resepinya  mudah sangat sebab dulu-dulu nenek aku rajin buat untuk sarapan pagi..bila salin je resepi dengan ibu..terus ke kedai beli bahan-bahan.. (semangatttt!!!~haha)..

Ok..Bahan-bahan adalah :


  • Tepung pulut (ikut guna berapa banyak korang nak masak onde-onde tu )
  • Secawan air (letak sikit garam dan pewarna hijau )
  • Daun pandan (kalau xde pun takpe..untuk buat bau sahaja)
  • kelapa parut (putih sahaja)
  • Gula melaka (dipotong dadu kecil-kecil/hiris)
Cara-caranya :
  • Mula-mula...uli tepung pulut sambil masukkan sedikit demi sedikit air yang bercampur garam dan pewarna hijau..(kalau ikut resepi ibu, dia letak sedikit keledek yang dah direbus supaya masa makan tu tak liat sangat..tapi kalau taknak letak pun tak apa :) 


  • Kedua, lepas dah uli sebati, korang bulat-bulatkan ia dan leperkan sedikit untuk masukkan gula melaka yang dah dipotong kecil..then, korang bulat-bulatkannya balik..
  • Ketiga, lepas dah siap semua..korang rebuskan air dalam periuk yang di isi sedikit daun pandan (untuk naik bau)..bila air dah mendidih..masukkan kuih onde-onde tadi dan gaulkan lembut supaya tak melekat antara satu sama lain...bila kuih onde-onde tersebut timbul di permukaan, tandanya dah masak dan korang boleh toskan air dan golek-golek dalam kelapa parut..
  • Dah setel..senang je kan...bahan pun mudah..

*Mesti korang pelik kenapa kuih yang aku uli tu warna putih aje(bukan warna hijau)..lepas tu air rebusan tu kaler hijau(sepatutnya warna jernih)..Sebenarnya resepi di atas adalah betul..tapi masa first time aku buat..sedap-sedap uli tepung sambil borak dengan ibu, aku boleh lupa uli sambil letak pewarna hijau!..haha..dah putih je kuih yang aku bulat-bulatkan..so bila fikir-fikir balik..senang-senang je aku terus letak pewarna hijau dalam periuk rebusan air..hahaha..ingatkan kuih tak jadi warna hijau, jadi juga...boleh gak guna cara macam tu sebab kadang-kadang bila kita uli..susah sikit nak sebatikan warna hijau tu kan...jadi ..selamat mencuba ye!..:)

7 comments:

  1. Waa..baik punye back up plan..hehe...
    Nasib boleh terfikir nk buat cmne kan bila dh tlupa nk masukkn pwrna msa uli tepung...
    Kalau de kelapangan boleh la singgah blog sy.. www.ainkaswa.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. patutlah macam eplik je warna air dlm periuk tu. hehe...tapi bagus juga dh terjadi macam ni, tereksperimen sendiri dan boleh digunapakai oleh orang lain. Good luck for future. :)

    ReplyDelete
  3. hehe..terima kasih..
    pelik tapi benar..asalkan jadi..kan..^_^

    ReplyDelete
  4. Wahh.. Xterfikir plak nk letak daun pandan nse merebus.. Tq2 for shring..

    ReplyDelete