Tuesday 26 March 2013

Resepi sosej roll mudah

Assalamualaikum...aduii..lamanya dah tak menaip dalam blog kesayangan ni...banyak aku buat sepanjang tempoh menganggur sebelum di panggil sebagai guru ganti di sekolah..sebulan juga di rumah...alhamdulillah..awal bulan 3 aku dapat tempat di SMK Sri Perhentian mengajar subjek Akaun..sivik dan PJ...

Dan sepanjang bulan 2..semangat aku membuak-buak untuk mencuba pelbagai resepi masakan yang simple..tapi sedap dan menarik..macam-macam blog dan website aku godeh untuk dapat resepi yang paling simple..yelah..leceh gak nak masak guna banyak bahan...

so..untuk resepi pertama ni..aku saja nak kongsikan kepada semua readers...mana tahu ada yang berkenan nak mencuba...sedappp..


SOSEJ ROLL (untuk 10 hidangan )

Bahan-bahan :
10 sosej / frankfurter 
10 keping roti gardenia / roti mengikut cita rasa anda
2 biji telur ( asingkan putih telur dan kuning telur)
serbuk roti/ breadcrumb yang berwarna kuning keemasan
secukup minyak untuk menggoreng

Cara-caranya:



1) Goreng sosej hingga masak.
2) Sementara tunggu sosej sejuk, gelek roti sehingga leper..pastikan roti betul-betul leper..kalau tidak..nanti dia menyerap minyak semasa menggoreng
3) Balutkan sosej dengan roti dan sapu kuning telur di hujung roti supaya melekat.


Serbuk roti yang aku guna
4) Selepas itu, celup roti dalam putih telur dan gelekkan dengan serbuk roti...

5) Akhir sekali..dengan api sederhana..goreng sehingga kekuningan..tak perlu goreng lama..sekejap je..dalam 10 saat atau kurang..dan kemuadian tos kan bahan yang di goreng supaya minyak keluar..


dan hasilnyaaaa....


*Kali ni tak berapa menarik..maklum la first try..kalau nak sedap lagi..mampatkan ruang-ruang putih dengan serbuk roti supaya jadi lebih rangup..
Itu je...simplekan..dan sedap sangat....dan korang bolehlah cuba di rumah..selamat mencuba..^_^