Tuesday 22 August 2017

Honeymoon Day 2..Colmar Tropicale Bukit Tinggi,Pahang

Assalamualaikum..sambungan day 2 selepas ke umang-umang chalet Melaka,check out jam 12tengah hari terus gerak lalu highway ke Colmar Tropicale..ya Allah jauhnya rasa..lebih kurang 4 jam perjalanan..kesian en.husband melayan kita yang teringin sangat ke sana..hehe..tak book pun memandangkan nak menginap Ahad malam Isnin..jadi tak peak rasanya..

Sampai-sampai sejuk je rasa..sampai lebih kurang jam 5 petang..terus check in..aku ambil pakej hotel tu terus..RM236.00/night include breakfast 2 orang dan ticket esoknya ke Botanical Garden & Japanese Village..paling teringin ke Japanese Village sebab nak pakai kimono punya pasal..hehe..Botanical Village tu masuk separuh je tengok-tengok view..lepas tu encik husband ajak balik..nak pergi Cameroon Highland plak katanya..hehe

Overall tempat memang sangatlah cantik..memang tempat cun untuk pergi honeymoon, view dan seni bina dia pun macam luar negara cuma harga makanan pun agak luar negara lah mahal dia..hehe..
































Yeay..lepas jugak teringin nak pakai kimono..encik husband pun layan je bila suruh posing..hihi..


Wednesday 9 August 2017

Honeymoon day 1..Umang-umang Chalet

Assalamualaikum..alhamdulillah selesai majlis perkahwinan aku dan pasangan pada tarikh 29 Julai 2017..alhamdulillah majlis berjalan lancar dan meriah..tak sangka ramai tetamu hadir meraikan majlis kami...


Sebenarnya belum plan pun pergi honeymoon mana-mana memandangkan cuti kahwin seminggu je..tiba-tiba hari esoknya ahad selesai mengemas semua, encik husband ajak jalan ke Melaka dulu sebab gerak dah jam 2 lebih (petang)..nak pergi jauh sikit dah rugi nak check in hotel kan..so, google akhirnya kami pergi Umang-Umang Chalet, Kuala Linggi Melaka atas suggestion encik husband..cantik view dia tepi laut..walau air keruh dan tak sesuai untuk mandi manda, tapi pasir dia cantik dan bersih..ada tempai santai (buaian) di situ..alhamdulillah walaupun datang last minit, hampir jam 6 petang, dapat juga menginap chalet berhadapan dengan pantai..rezeki kami tinggal 1 bilik masa tu..harga semalam RM110.00 tapi berbaloi dengan suasana..pagi-pagi bangun dengar deruan ombak pantai, hirup udara yang sejuk dan segar, jalan-jalan pantai dengan encik husband..gila tak sweet..hihi..berbunga-bunga rasa..eh over plak kau..hihi...saje je update kat blog, biar masa akan datang boleh imbas balik memori yang sweet-sweet ni..hehe

























Next update untuk honeymoon hari kedua..di mana?..colmar tropicale, bukit tinggi..cantik gila tempat tu..sat g la update ea..hehe


Monday 7 August 2017

The best Korean OST song for Drama or Movie

Assalamualaikum..

Uihh..lama beno tak update blog..huhu..as usual aku memang suka layan lagu and drama korea...tapi takla fanatik sangat..mana drama yang best, layan jeee...hehe..sambil-sambil layan drama, kadang lagu dalam drama dia best jugak..kalau yang best tu, memang aku search tajuk lagu and terus download lagunya..haha..kadang kalau best sangat memang hari-hari aku dengar kat office sambil buat kerja..dengar sampai bosan..hehe..sekarang ni aku tengah sindrom lagu OST SCARLET HEART RYEO..padahal cerita ni dah lama habis..tapi sampai sekarang aku masih suka OST dia & dah hafal wehhh..hehe



Antara favourite lagu aku dalam drama ni:

1) SAY YES LOCO FT PUNCH peh lagu ni...first dengar je mmg dah best sgt dengar...

2) I LOVE YOU, I REMEMBER YOU BY I.O.I ...sama gak..hari-hari dengar lagu ni sampai dah hafal dah semua lirik dia hehe..

3) FOR YOU BY CHEN,XIUMIN,BAEKHYUN (EXO) ...fall in love with EXO voice..best gilaaaa..hehe

4) WIND BY JUNG SEUNG HWAN ...suara dia peh..aku dengar je lagu ni pun automatik meleleh air mata..aku teringat part Wook dan Hae Soo suka sama suka..memang tak sangka pertengahan cerita ni wook boleh abaikan Hae Soo..sedih cerita ni..

5) A LOT LIKE LOVE BY BAEK A YEON ...walaupun music dia slow..tapi lagu ni pun sedap je dengar..

6) CAN YOU HEAR MY HEART BY EPIK HIGH FT LEE HI ..suka suka suka ^_^

7) MY HEART BY LEE HI .. jangan kasi dengar, memang meleleh air mata aku...huuuu

8) BE WITH YOU BY AKMU ..aku memang minat n hafal lagu dua beradik ni..memang best je lagu-lagu dia...

9) ALL WITH YOU BY TAEYEON .. ni pun sama..lagu-lagu dia sebelum ni pun memang best..sedap je dengar..

10) FORGETTING YOU BY DAVICHI lagu ni sedih sangat..aku tengah dengar ni meleleh kot air mata sebab teringat jalan cerita SCARLET HEART ni..serius..Davichi ni lagu dia dalam drama lain pun best sangat-sangat..i love your voice Davichi..you are OST queen ^_^

11) I CONFESS BY SG WANNABE daebakkk gila suara..suka suka

Aku memang akui semua lagu OST cerita Scarlet Heart Ryeo ni memang best sangat-sangat...cerita paling best aku tengok buat masa ni..lagu hebat..pelakon dia pun hebat..semua top star kot...aku dah la memang minat si hong jong hyun..kang ha neul n Nam Joo Hyuk..dalam cerita ni semua ada plakkk...kan sindrom aku...to all crew who involved in this movie..you all memang daebakkk...i love you...^_^