Friday, 5 April 2013

Resepi Sardin Roll mudah

Assalamualaikum...hari ini ada resepi baru lagi...weee..hehe..actually aku dah buat draft resepi ni dari cuti sekolah haritu..tapi nape ntah x post2..lembab betol..haha.. Ok..kali ni kita belajar buat sardin roll yang mudah..simple macam sosej roll je tu..cuma yang lecehnya nak kena masak inti sardin dulu..

SARDIN ROLL (10 hidangan atau lebih )

Bahan-bahan (Buat inti sardin ) :
Bawang besar 3 biji (hiris)
Bawang putih 3 biji (hiris)
Lada merah 3 tangkai (hiris)
Satu tin sardin (aku pakai cap Ayam Brands)
Air asam jawa
1/2 sudu gula
Garam secukup rasa

Cara masak inti sardin :
1) Panaskan sedikit minyak, then masukkan hirisan bawang putih, bawang merah..garam, gula, dan pak aji.
2) Goreng separuh kekuningan then masukkan hirisan lada
3) Kacau lagi sampai kekuningan (garing), selepas itu masukkan sedikit air asam jawa dan masukkan sardin yang dalam tin tu.
4) Penyek-penyekkan ikan sardin tu sampai hancur
5) Kacau sampai sebati..rasa sendiri sampai sedap..dan siap !..haha



Bahan-bahan buat roll:
Sebuku roti (aku pakai Gardenia)
3 biji telur (kali ni aku tak asingkan putih telur n kuning telur, campurkan saja pun boleh )
serbuk roti/ breadcrumbs
Minyak untuk menggoreng

Cara-caranya  :
1) Gilingkan roti sampai leper..pastikan roti betul-betul leper..kalau tidak..nanti dia menyerap minyak semasa menggoreng


2) Letak sedikit inti sardin atas roti yang leper dan sapu sedikit telur di hujungnya (supaya hujung roti  melekat)


3) Balut inti sardin tersebut


4) Celup roti dalam telur dan golekkan dengan serbuk roti


5) Akhir sekali..dengan api sederhana..goreng sehingga kekuningan..tak perlu goreng lama..sekejap je..dalam 10 saat atau kurang..dan kemudian tos kan bahan yang di goreng supaya minyak keluar..


SELAMAT MENCUBA!!!  ^_^




No comments:

Post a Comment