Friday 2 December 2011

~1 Litre of Tears~


Salam..cerita ni da lama dah keluar..tapi aku baru je nak tengok (kesian kan..huhu)..cerita ni Kak Dija (kawan masa kerja 7e) bagi aku pinjam cd dia ogos lalu..tapi aku save je kat lappy..x tengok pun sebab macam malas je nk tengok...so..bila aku borak2 dengan Talha (kawan 7e) jugak, dia brutal gile kot tapi boleh nangis tengok 1 Litre of Tears..aku macam interested..em..sedih sangat ke?..so last week aku tengok la cerita tu..dia ade 11 episod..serious..episod ke 2 je aku tengok air mata aku x berhenti meleleh...2 ari aku habiskan cerita tu..dan dua hari jugak aku tido dengan mata cam panda..bengkak kot mata aku..huhu..aku bet la korang brutal macam mana pon confirm nangis...cerita ni adaptasi dari kisah benar..

:::SINOPSIS:::
Drama ini merupakan kisah sebenar Aya yang berusia 15 tahun yang menghidap penyakit ataksia spinoserebelar dan meneruskan kehidupannya sehingga berusia 25 tahun. Skrip drama ini diambil dari catatan diari Aya yang ditulis sepanjang berperang dengan penyakitnya sehinggalah beliau gagal memegang pen.
Drama ini dimulakan dengan kehidupan baru Aya sewaktu melangkah ke semester baru. Dalam kegembiraannya, beliau mula mendapat beberapa kesukaran secara fizikal yang mana hanya disedari oleh ibunya. Walau bagaimanapun, suatu hari, beliau jatuh rebah di atas lantai dan ketika itulah, penyakitnya mula dikesan.
Kehidupan cinta pertamanya bersama Yuji musnah apabila Yuji seakan-akan tidak dapat menerima kenyataan bahawa kekasihnya cacat. Akibat herdikan rakan-rakan sekeliling, Yuji membuat keputusan untuk memutuskan hubungannya dengan Aya. Aya meneruskan kehidupannya dan bermulalah tarikannya kepada rakan sekelasnya yang pendiam tetapi mengambil berat akan dirinya, Haruto. Haruto terus-menerus memberi galakan kepada Aya untuk terus berjuang dan dalam diam, mereka berdua menyimpan perasaan terhadap satu sama lain. Percintaan mereka dihalang oleh ayah Haruto yang juga seorang doktor di hospital tempat Aya mendapatkan rawatan.
*Ataksia spinoserebelar atau spinocereballar atrophy which is incurable disease..merupakan sejenis penyakit degenerasi dan genetik dengan jenis yang berbeza bagi setiap orang yang menghidapinya. Mereka yang menghadapi penyakit ini akan mengalami kemerosotan dari segi fungsi pada saraf tunjang dan serebelum pada bahagian otak*

:::PELAKON:::


INFO FROM WIKIPEDIA..THANKS WIKI..:)
::Korang patut tengok cerita ni..Cerita ni jugak membuatkan aku insaf..betapa senangnya kita menggerakkan tubuh badan sedangkan orang lain mengalami penyakit ini..dan baru aku sedar betapa nikmatnya hidup sihat ni..Alhamdulillah..terima kasih Ya Allah bagi aku kesempatan menjalani hidup sihat..:) :::

No comments:

Post a Comment