Wednesday, 11 February 2015

The Best Printing Online Services

Assalamualaikum...

Pernah dengar or pernah buat printing gambar melalui online?seriously ni first time aku buat printing online..bulan lepas aku google cari review yang mana bagus printing online disebabkan berlambak gambar kenangan aku ambil..mula-mula plan nak simpan dalam external or laptop je, tapi 2 bulan lepas laptop aku problem..tetiba buat hal..tak boleh start langsung..hantar kedai kata hard disk rosak..aku ingat gambar-gambar dalam tu leh recover,rupanya tak leh..rasa nak nangis weh..banyak gak gambar kenangan dalam tu..nasibla aku tergerak hati nak simpan gambar-gambar cuti aku kat external..kalau hilang juga memang menangis aku..huhu..


 

 Laptop ni aku dah hantar 3 kedai pun tak boleh recover..kos nak repair tukar hard disk baru dalam RM200.00++..bila fikir-fikir laptop ni dah hampir 3 tahun..membazir tukar hard disk baru..laptop ni dah nak expired pun..last-last terus survey laptop baru..alhamdulillah sesuai dengat budget..nak tengok model pilihan aku?





Okay-okay berbalik topik asal tadi..lepas dah beli laptop baru ni..aku terfikir la takut gak hard disk buat hal lagi..mau nangis guling-guling aku..so..solutionnya, aku print gambar-gambar  kenangan vacation aku..aku memang malas gila nk pergi kedai gambar print satu-satu..last-last survey punya survey, aku jumpa website yang boleh print online..bersyukur gila..murah plak tu..4R pic RM0.30/pcs..order lebih RM35.00++ FREE DELIVERY...hehehh..

Company apa? EOE ONLINE..boleh bukak website ni https://www.eoe.com.my/...


So buat masa ni dah dua kali aku amik services dorang..bagus..cepat lak tu..petang Isnin aku upload pic, buat payment..Rabu dah sampai office..caranya senang je..First, korang kena ada line internet..ha..sebab semuanya kena buat online ye...Second, korang kena register dulu akaun korang dalam laman web dia siap-siap dengan alamat yang korang nak suruh dia pos...dah daftar, aktifkan link daftar eoe kat email yang  korang register lepas tu download eoe Photo Express software..


then bukak software tu,.masukkan login ID & password yang korang daftarkan tadi..
lepas dah masukkan, akan keluar macam ni..


Then pilih gambar yang korang nak print & upload, biasanya aku dah pilih awal-awal dalam 130 gambar..masukkan dalam pendrive then terus upload..lepastu click next untuk process seterusnya..ikut je flow dia..dan last sekali confirm order dan ko akan dapat no order..buat transfer payment & bukti payment boleh email kat dorang..email-email tu ko boleh dapat kat contact us dalam laman web dia..kan sonang je..hihi..

Kalau pic yang korang upload cantik, clear..kualiti gambar  yang akan print pun akan cantik sangat...
Antara gambar-gambar yang aku dah print..semua ni total 250++ pcs..gambar vacation aku kat Pulau Perhentian, Pulau Tioman, USS Singapore, Cameron Highland & Lotus Desaru..





Jadi, inilah hasilnya after printing..cantik :)
Aku plan nak print lagi, tengah pilih gambar-gambar family,zaman-zaman belajar dulu, si hensem (anak sedara) & adik beradik aku..at least ada kenangan bila adik-adik aku besar nanti..:)
Skang ni pun officemate aku terjebak sama..dia mintak ajarkan macam mana nak register and print online ni..banyak gambar dia bercuti kat Taiwan & Tioman nak print..hehe..
Oklah..pada geng-geng yang nak printing online tu..cepat-cepatlah sediakan gambar..bila dah print, seronok tengok hasilnya..boleh belek-belek dan simpan buat kenangan..selamat mencuba :)








5 comments:

  1. Kalau dah buat bank-in payment , lepas tuh buat apa ye?

    ReplyDelete
  2. maaf lambat reply..
    lepas order & transfer/bank in, awak akan dapat email dari mereka dengan no order..masa awak bank in kan ada resit,awak amik gambar/scan...awak email ke mereka..email mereka tu awak boleh dapat kat laman web bahagian contact us atau kat emel mereka..after awak dah emel beserta dengan no order, awak boleh call mereka untuk confirmkan transaction awak..:)

    ReplyDelete
  3. Salam. Hee kenapa tidak simpan gambar2 dalam external hardisk sebagai backup. Sayangnya gambar2 lama yang cantik cantik itu hilang.

    ReplyDelete
  4. salam, saya nak tanye, link https://www.eoe.com.my/ dah x boleh bukak ye

    ReplyDelete
  5. wslm..yelah..saya try buka link pun dah tak keluar..cari di google pun tak ada laman web dia..skang saya print di lama web groupon..sama sahaja prosesnya.

    ReplyDelete