Sunday 28 July 2019

Honeymoon Day 3..Cameron Highlands

Assalamualaikum..lama beno nak update memory honeymoon kat Cameron Highlands..berhabuk dalam draft..Sempena esok 29.07.2019 adalah hari Anniversary yang ke 2 tahun, cewahhh..aku update la sambungan hari ketiga honeymoon tu...hihi..memang nak update blog ni supaya jadi kenangan akan datang..lagipun aku je yang tengok blog ni..kih kih..

Saje nak share gambar cuti-cuti kat Cameron..ni kali kedua aku pergi Cameron..sebelum ni pergi dengan kawan-kawan, now pergi dengan encik husband plak..jauh-jauh pun dia sanggup drive katanya..tapi lusanya aku dah start kerja plak..huhu


Gerak pergi cameron dari Colmar Tropicale lepas zuhur macam tu..tarikh Selasa 01.08.2017..Sampai-sampai je Cameron dalam jam 6petang..relax-relax je encik husband drive naik atas..alhamdulillah tak banyak kenderaan and cuaca cantik sebab pergi pun hari biasa..bukan hujung minggu kan..sampai Cameron baru plan cari hotel sebab memang tak ramai orang..google agoda last-last ambil hotel Madani area Brichang sebab tempat tu paling dekat nak ke tempat-tempat menarik sekitar situ..check in bilik simple je tapi best dapat view Pekan Brinchang..harga masa tu dalam RM90/malam..sampai bilik rehat-rehat kejap, then sempat aku google mana tempat nak pergi esoknya..hehe..malam tu cuaca sejuk sangat sampai tak sanggup nak keluar..last-last makan megi + minum coffee panas jela dalam bilik hotel..haha


Esoknya bangun pagi-pagi breakfast tak jauh dari hotel..medan selera area shell Brinchang..sejuk sejuk cuaca makan roti canai cicah sambal petai..lawan dengan teh tarik panas-panas..pehh..then terus ke cactus valley..guna waze je..tak sampai 5 minit dah sampai..cantik betul cactus tu semua..siap bunga-bunga warna-warni..sempat aku borong cactus n pokok2 lain..Lepas ke cactus valley, terus pergi ke ladang strawberry..pergi yang dekat-dekat je..dapatla makan strawberry fresh..petik terus makan..hihi..singgah kejap butterfly farm then lepas tu ke Kea Farm beli souvenir, buah-buahan..beli cactus lagi untuk ibu..hehe..meh layan gambar..




BUTTERFLY FARM








STRAWBERRY FARM





CACTUS VALLEY











Untuk gambar yang lain sat gi nanti update..









No comments:

Post a Comment