Thursday 24 September 2015

Resepi mudah Roti Butterscotch Cheese

Assalamualaikum...lama sudah rasanya tak update resepi-resepi masakan ni kan..last 3 days terbaca satu resepi share kawan facebook..tiba-tiba rasa nak cuba plak..tapi resepi ni aku ubah sikit sebab bahan tak cukup..hehe..yela..bila da semangat nak buat, apa yang ada kat rumah pun jadi..

Jadi..resepi kalini aku nak share Roti Butterscotch Cheese..aku bedal je nama ni sebab bahan utama  dia Roti Butterscotch dan cheese..hehe

                 tadaaaa... ^_^




Bahan-bahan:
# Roti Butterscotch (Gardenia), jenama lain pun boleh
# Sosej
# 2 biji telur
# Susu segar Dutch Lady (Pure Farm), jenama lain pun boleh.
# Cheese (Cheesedale), jenama lain pun boleh..nak guna mozarela cheese yang untuk pizza  tu lagi sedap..



~First sekali, korang kena rebus dulu sosej tu..then ikut korang nak potong dadu atau hiris..
~Cheesedale plak gunting-gunting biar jadi macam gambar kat bawah..tapi ikut korang, kalau malas potong 4 segi pun boleh sebab last-last dia akan letak atas sosej dan cair jugak kan..hehe
~2 biji telur pukul dan campur dengan 6 sudu susu segar..tapi kalau nak buat 8pcs macam dalam gambar, aku letak 1 biji telur campur 3 sudu susu segar..
~Roti butterscotch buang tepi dan potong 4 segi atau bulat ikut acuan besi korang..



Lepas dah siapkan bahan-bahan..korang boleh panaskan oven suhu 130C api atas bawah..sambil tu boleh susun acuan, letak roti yang dah di potong..pastikan roti tu dileperkan dahulu..then taburkan sosej yang sudah dipotong..tuangkan telur yang dah bercampur dengan susu..dan akhirnya taburkan cheese atasnya..begini jadinya...^_^



Selepas siap masukkan semua bahan dalam acuan, bakar dalam oven suhu 130c dalam masa 10 minit...lepas tu siap..nyummmsss




cadangan lain..kalau tak ada roti butterscotch, boleh cuba roti biasa..cuma masa campur susu segar dan telur, boleh campur sekali susu pekat manis satu atau dua sudu dalam tu..rasa pun memang sedap sangat..

Selamat mencuba   ^_^






No comments:

Post a Comment