Sunday 12 January 2014

Bel Ami- Pretty Man

Assalamualaikum..


Aku tak tahulah...kenapa aku meronta-ronta nak taip pasal cerita ni..tapi cerita ni memang daebak best gila..awesome (tak tahu nak taip apa lagi yang best)..tapi cerita ni memang best setakat ni yang aku tengok..selain drama Boys Over Flower..aku minat tengok cerita BOF ni sebab dulu (masa sekolah menengah) aku suka tengok Meteor Garden (F4 versi Taiwan)

Aku sebenarnya tak la layan sangat drama-drama korea ni..sebab meleret-leret jalan cerita..episod yang panjang (aku benci episod yang berpuluh atau beratus..siksa nak abiskan tengok)..dan kadang kala terselit konflik yang bukan-bukan..so..tahun lepas memang aku tak layan drama korea...hanya runningman sahaja..setakat ni yang aku gilai artis korea..hanyalah seperti biasa..ahli 2PM dan tambah sorang..Kwangsoo Runningman (sebab dia sangat selamba dan kelakar)...tapi kalau lagu-lagu korea..semua aku layan..IU..Kim Jong Kook..2PM...Suju..SNSD..2NE1..2AM..Bigbang..EXO..semua ada dalam playlist music..

Cerita Bel Ami (Pretty Man) ni dah lama keluar..dalam bulan Nov tahun lepas...aku agak lambat tahu sebab sepanjang tahun lepas memang aku layan runningman..ko bayangkan..satu hari aku boleh layan 3 episod RM je..dari episod 1 sampai sekarang ni aku dah tengok episod 168 (tak pernah skip episod)..so sampai aku rasa aku perlu tengok benda lain sebab aku dah start rasa bosan menghadap RM hari-hari..perlu cari mood balik..aku pun risau sebab sekarang dah episod 179...kalau aku tengok lagi nanti dah abis stock nak tengok RM...haha..so..relax dulu..hehe

Aku ni jenis suka tengok cerita yang episodnye sikit..so..puas hati tengok..tak meleret-leret dan menganggu hidup aku..haha..seriously Bel Ami ni memang tepat la pada aku...jujur aku cakap..dalam external aku ni berpuluh drama korea..tapi semua aku tengok suku je sebab episod berjela-jela..aku tahu cerita tu best..tapi baru episod 10 je aku dah lost interested nak tengok..last-last..aku terus skip episod akhir..ahekhekhekhek(gelak versi Manager Choi).. aku pun tak la minat sangat Jang Geun Suk tu..tapi dalam cerita ni memang dia lawa gila..aih..cair...pose dia tu yang memang tak boleh blah...haha..

Cerita dia berkisarkan tentang seorang lelaki ni (Dokgo Ma Te) hidup dengan mak dia..hidup susah....tapi berbekalkan wajah dia yang cantik..handsome..perfect..membuatkan semua orang suka dan mudah jatuh cinta kat dia..tapi dia ni sederhana..takla pandai sangat..cuma pandai usha perempuan kaya untuk tumpang hidup senang..dalam masa tu..ada seorang perempuan miskin (Kim Bo Tong)..hanya hidup dengan mak dan seorang adik lelaki (Kim Dae Shik)..Bo tong ni memang gilakan Ma te dan sanggup lakukan apa saja untuk buatkan Ma Te ni happy..cita-cita dia nak jadi isteri Ma Te..Ma Te pula kejarkan wanita kaya untuk hidup senang dan dia akhirnya ditinggalkan dengan wanita tu,.kerana wang juga..semasa kenal dengan wanita kaya.. dia jumpa seorang perempuan (Hong Yoo Ra-menantu hartawan yang ditindas)..Ma Te dapat tahu hakikat dia seorang anak hartawan dan hidupnya berubah untuk ke arah itu..Hong Yoo Ra mencabar Ma Te untuk usha 10 orang wanita yang berjaya dalam pelbagai bidang (artis..anak president..tukang tilik nasib..pendakwa mahkamah)..supaya dia tahu cabaran hidup dan belajar sesuatu dari mereka..Hong Yoo Ra menggunakan Ma Te untuk balas dendam pada keluarga bekas suaminya terutama Mak bekas suami (Na Hong Ran) yang sangat kejam....Mate lepas semua cabaran itu dengan pelbagai cara..tetapi dia memerlukan `password` untuk jumpa hartawan tersebut..dia berusaha mencari sendiri password tersebut dan akhirnya bahagia dengan password yang dia miliki..apa password dia?..korang tengokla cerita itu sendiri..hehe..memang daebak best cerita ini..aku suka part Manager choi ketawa..ahekhekhek..sape yang baru nak berjinak tengok drama korea..aku cadangkan drama ni la..okey..selamat nonton..:)

Pelakon Utama : 

My Dokgo Ma Te-Jang Geun Suk

Kim Bo Tong- IU

Manager Choi David-Lee Jang Woo..suka part dia ketawa..comelll...^_^

Hong Yoo Ra-Han Chae Young..dalam cerita ni..dia memang cantik sangat..sentiasa..

Pelakon tambahan:

Kim Bo Yun - Na Hong Ran
Dok Go Young Jae - Park Ki Suk
Kim Young Jae - Park Moon Soo
So Yoo Jin - Jaek Hee
Kim Ye Won - electricity fairy
Cha Hyun Jung - Kim In Joong
Park Ji Yoon - Yo Mi
Kim Min Joo - Yeo Mim
Yang Mi Kyung - Kim Mi Sook
Kim Ji Han -Jang Duk Saeng
Lee Mi Young - Lee Mal Ja (mak Bo Tong)
Yeo Hoon Min - Kim Dae Shik (adik Bo Tong)

No comments:

Post a Comment