Monday, 30 September 2013

Trip to Pulau Perhentian : Part 1 (Perancangan dan Bertolak)

Assalamualaikum... waaahhh..lama sudah tak menghupdate entry baru..bukan tak ada masa..tapi kadang tak tahu nak menaip apa...hehe..disebabkan aku masih mood dalam bercuti..kali ni aku baru balik dari Pulau Perhentian, Terengganu (27,28,29 hb September 2013) ..Subhanallah..pengalaman yang sangat bermakna bagi aku..tempat yang cantik..indah..dan boleh buatkan fikiran kita tenang..seriously..sampai sana..aku tak sempat fikirkan dunia luar..aku fikirkan apa aktiviti nak buat kat pulau tu..rasa macam tak percaya pun ada dah jejak kaki kat situ..hehe

Rancangan percutian ni kawan aku dah aturkan awal-awal..sebelum puasa lagi..dia dah book harga promosi paling murah..RM280/ pax..kami pergi 4 orang..package siap tiket bot pergi dan balik, penginapan 3D 2N, Makanan, dan aktiviti snorkeling di 4 tempat..Kami pilih di Samudra Beach Chalet di Pulau Perhentian Besar..


Selepas dah berbincang dengan member-member..kitaorang pilih tarikh 27,28,29 hb September 2013 sebab time tu semua free dan boleh apply cuti awal-awalkan...aku bertolak ke Melaka (26/9/2013) dengan ayah aku sebab kebetulan dia ada kes kat sana..so...kat Melaka, Intan pick aku dan kami berempat (Syuhada, Dilla,aku dan Intan) bertolak jam 8 malam..


Kami terpaksa beli tiket menghala ke Kota Bahru disebabkan tiada bus khas turun di Jerteh..Sampai di Jerteh jam 6 pagi, kami terserempak dengan mat saleh 2 orang yang sama bus..dorang pun nak g Pulau Perhentian..tapi dorang g Pulau Perhentian kecil sbb backpackers kan..ala...takde rezeki nak bercuti sama (amboi kauu..kemainnn..haha)..Lepas tu kami ambil teksi (RM30 satu teksi) ke Kuala Besut dan singgah di madrasah terdekat untuk siap-siap dan solat subuh..Perjalanan ke 
kuala Besut dalam 20 minit gitu..

Madrasahnya...

Nak juga menempel gambar ni..tapi putih benor muke kau..haha..ni kes pakai bedak tak guna cermin..sebat je aa...asal bukan macam tepung gomak sudah..haha

Pemandangan sekitar Pekan Kuala Besut

Perut pun dah mula meronta-ronta minta diisi, kebetulan tengah jalan-jalan sekitar tu, nampak satu kedai jual pelbagai nasi (nasi minyak, nasi kerabu, nasi dagang)..kedai ni memang famous..sana sini orang pergi..mesti singgah kedai ni sebab sedappp...

Ni ha kedainya...kecil, molek tapi sedap..hehe

Macam-macam lauk yang ko nak sume ade..nak tengok menu zoom la sendiri ye..disebabkan lapar bebenor, aku tak kuasa nak membungkus-bungkus..makan kat situ je sudah..kebetulan tiket bot masih pada agent dan ofis buka pukul 8pg..apa lagi..ngeteh je lah kat situ lelama..hehe

Tengok muka je dah tau sedap ke tak sedap...siap terangkat kaki wa beb..haha..lagi-lagi pekena tengan teh o panas...fuhhh..

Lepas kenyang..ambil gambar sedas



Then kitaorg menapak cari office Samudra tu..tak jauh sangat pun..


Okay..ni last pic untuk entry ni...gambar luar dan dalam ofis Samudra...anyone yang berkenan n nak datang terus office ni..kedainya betul-betul berhadapan Jeti Kuala Besut tu..kalau nak book, google sahaja samudra 
Beach Chalet ya..nanti aku update next entry tentang aktiviti yg awesome di Pulau Perhentian..Kayak, jungle trekking and snorkeling..

Thanks for reading :)