Dan sepanjang bulan 2..semangat aku membuak-buak untuk mencuba pelbagai resepi masakan yang simple..tapi sedap dan menarik..macam-macam blog dan website aku godeh untuk dapat resepi yang paling simple..yelah..leceh gak nak masak guna banyak bahan...
so..untuk resepi pertama ni..aku saja nak kongsikan kepada semua readers...mana tahu ada yang berkenan nak mencuba...sedappp..
SOSEJ ROLL (untuk 10 hidangan )
10 sosej / frankfurter
10 keping roti gardenia / roti mengikut cita rasa anda
2 biji telur ( asingkan putih telur dan kuning telur)
serbuk roti/ breadcrumb yang berwarna kuning keemasan
secukup minyak untuk menggoreng
Cara-caranya:
1) Goreng sosej hingga masak.
2) Sementara tunggu sosej sejuk, gelek roti sehingga leper..pastikan roti betul-betul leper..kalau tidak..nanti dia menyerap minyak semasa menggoreng
3) Balutkan sosej dengan roti dan sapu kuning telur di hujung roti supaya melekat.
Serbuk roti yang aku guna |
dan hasilnyaaaa....
*Kali ni tak berapa menarik..maklum la first try..kalau nak sedap lagi..mampatkan ruang-ruang putih dengan serbuk roti supaya jadi lebih rangup.. |