Assalamualaikum....hai friends...siapa yang dah pernah pergi Legoland?..best tak?..huhu..tipula kalau tak best kan..harga tiket agak mahal tapi berbaloi la sebab cantik permandangan terutama kat Miniland...kalau malam lagi cantik sebab permandangan bercahaya di setiap bangunan miniland tu..bagi yang baru nak pergi..harga tiket 1 day untuk adult (12-59years) = RM 140..Children (3-11 years) = Rm110 and 60years and above = RM110.
Okay..kali ni aku nak ceritakan pengalaman aku pergi legoland..aku pergi pagi Khamis 27/12/2012...aku pick up bestfriend aku n gerak dari rumah kul 10 pagi..sampai sana dalam 11 lebih..bagi yang beli 1 day pass, aku galakkan jangan buang masa...aku pun breakfast dari rumah..makan kenyang-kenyang sebab tau kat sana kalau terhegeh-hegeh nak pergi makan..rasanya tak sempat nak main semua permainan..huhu
map LEGOLAND
First sekali, aku pergi Lego
Kingdoms...pergh..lama gila beratur nak naik roller coaster..sabar je la sebab memang
tak buat pass vip (tak tau ada ke tak)..boleh tahan la permainan roller coaster
tu..tapi tak mencabar sangat...lepas tu aku pergi tengok wayang 4D kat
Imagination..sama macam kat USS..terpercik-percik air..angin kuat...cuma
kat sini ade snow...like real...^_^..suke3..hehe..
After that, kitaorang pergi Land of
Adventure...naik sampan kat Dino Island...okay..habis lencun aku,sebab berani
mati tak pakai rain coat..gila mahal RM15 baju hujan dia..err..tak ape lah
sebab satu permainan ni je yang basah..yang lain tak..so..naik roller coaster
lain kering la..kot..haha...Then lepas basah tu, kitaorang beratur
sepanjang-panjangnya untuk main tembak-tembak kat Lost Kingdom Adventure..serious..sampai
je naik kereta kat game tembak-tembak tu..kering dah baju aku (sebab lama
sangat time beratur tu)...then,lawan tembak-tembak mummy ngan kawan laki
aku..kalah beb dia..haha..dia tak puas hati..lawan seround lagi..kali ni kami
ambil dua pistol terus..tamakk..haha..kali ni aku kalah sebab aku tak boleh
tembak menggunakan kedua-dua tangan sekaligus..FAIL…cehhh
Dah petang sikit tu kami pergi
Miniland...serious kagum dengan binaan setiap bangunan..satu persatu
menggunakan lego..cantik sangat bangunan-banguna yang dorang reka..ada TAJ
MAHAL..KLCC..CRUISE..SINGAPORE..mmm..banyak lagilaa….lepas kaki lenguh berjalan
sana sini..kami naik train Legoland express untuk tengok pemandangan sekitar
miniland dan lego city..tak lama train tu..lebih kurang 10/15 minit je..lepas
dah solat dan berehat sebentar..kitaorang pergi naik Lego Technic pula..yang
ini agak mencabar..rasa nak menjunam ke dalam tanah..haha.., tapi permulaan
je..lepas tu okay..seronok jugak la...ingat nak balik petang tu juga..tapi
member aku ni teringin plak nak tengok pemandangan miniland waktu
malam..seriously..memang cantik yang amat..setiap bangunan bercahaya..lepas dah
puas bergambar sana-sini...solat dan terus balik rumah..sampai Pontian baru la
rasa lapar gila..terus berchicken chop kat Joe Burger..huhu...soooo...layan lah
setiap gambar-gambar ni...^_^